Kau datang tanpa disedari...
Kerana ianya sudah ketentuan Ilahi...
Namun ada masanya kau pergi tanpa dikehendaki..
Tapi jika kekal, bermakna kau adalah hakiki...
Tahukah kau...
Ramai yang terseksa kerana kau...
Namun ramai juga yang bahagia kerana kau...
Kau adalah racun dan kau juga adalah penawar...
DIA telah menentukan...
Kepada siapa kau akan pergi...
Dan selama mana kau akan bersamanya...
Kadang-kadang manusia merasakan kau telah tiba...
Tapi sebenarnya tidak..
Itu cuma mainan semata-mata...
Dan kadangkala cuma hasutan syaitan dan nafsu...
Yang membutakan manusia seisinya...
Namun tidak dinafikan...
Tanpa kau, manusia sepi...
Tanpa kau, dunia tiada seri...
Tanpa kau, tiada perasaan hakiki kepada DIA...
Kerana kau yang menghidupkan dunia ini..
Kerana kau manusia mampu tersenyum...
Dan kerana kau yang membuat semua hamba semakin dekat dengan SANG PENCIPTAnya...
DIA menganugerahkan kau dalam setiap hambaNYA...
Mewujudkan pertalian...
Mewujudkan kasih sayang...
Mewujudkan keamanan...
Mewujudkan keindahan dalam kehidupan...
Kadangkala kau kejam...
Memberi sedikit harapan kepada manusia...
Kemudian kau pergi tanpa sebarang amaran...
Namun DIA Maha Berkuasa... Yang telah mengaturkan segalanya...
Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya...
Sememangnya yang lebih baik untuk hambaNYA...
Jilka kau hadir lagi kepadaku...
Aku harapkan kau kekal bersamaku...
Dekat dengan hatiku, agar aku sentiasa merasaimu...
Dan semoga kau mengajar aku...
Untuk lebih dekat dengan PENCIPTAku...
Kerana kau adalah yang hakiki untuk aku dan DIA...
No comments:
Post a Comment