Ya... Aku lelaki..
Tapi aku ada pendirian aku sendiri..
Pedulikah aku kalau wanita cakap lelaki semua sama..
Itu pandangan kamu, yang aku sendiri tak boleh nafikan..
Kerana ianya memang salah lelaki..
Tapi aku tetap dengan pendirian aku..
Melintas yang cantik, besar mata memandang...
Melintas yang comel, geram mata menjeling...
Melintas yang seksi, berdegup jantung menahan nafsu...
Itulah lelaki... Yang aku sendiri tak dapat nafikan...
Tapi itu sementara wahai lelaki...
Bersyukurlah jika kamu sudah ada yang tersemat di hati...
Buat apa perlu tambah lagi...
Cukuplah satu yang boleh kamu sayangi, yang boleh kamu lindungi...
Jika takdir menentukan yang kamu memang akan berpoligami, lakukanlah secara jujur dari hati...
Jangan kamu merahsiakan dan mencuri-curi...
Kelak kamu yang akan binasa diri...
Aku berpesan bukan kerana aku membenci..
Kerana aku juga adalah lelaki...
Tetapi aku berpesan supaya kaum kita dihormati...
Bukan dicaci dan dikeji...
Kerana menjadi perosak dan pemusnah hati...
No comments:
Post a Comment