Monday, September 5, 2011

AKU HANYALAH HAMBA PENCIPTA

Ya Allah Yang Maha Besar & Maha Berkuasa... Sesungguhnya aku ini hanyalah hambamu yg kerdil. Sentiasa melakukan kesilapan dan lupa pada Mu. Maka sebab itulah Engkau turunkan pelbagai dugaan padaku agar aku ingat akan kewujudanMu. Agar aku ingat akan kekuasaanMu. Agar aku ingat akan kebesaranMu. Setiap masa aku semakin alpa dengan godaan dunia. Sembahyang 5 waktu entah ke mana,tidak bersyukur dengan nikmat sementara yang Engkau berikan,inikan pula hendak berbuat amal kebajikan. Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah. Insan hina yang tidak menghargai Sang Penciptanya. Insan hina yang lalai dengan kebahagiaan dunia. Insan hina yang angkuh,bongkak, dan sombong dengan kekuasaan dan kekayaan yang dipinjamkan olehMu untuk sementara. Ya Allah Yang Maha Mengetahui.. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan yang Engkau redhai Ya Allah. Elakkanlah ak dari terpesong jauh. Hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan Ya Allah..

No comments:

Post a Comment